Program Aktiviti Miss Charity Beauty Pageant Bersama Persatuan Oku Fizikal Miri Dan Kerjasama PI Piasau
15 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2017 (Sabtu), telah berlangsung satu program aktiviti bersama Miss Charity Beauty Pageant bertempat di rumah Persatuan OKU Fizikal Miri (POKUFM) di Piasau Camp Miri. Pengurus PI Piasau juga selaku Pengerusi POKUFM dijemput hadir dalam aktiviti tersebut dan juga memberi sedikit taklimat ringkas advokasi serta mengadakan aktiviti penyediaan makanan bersama finalis Miss Charity Beauty Pageant tersebut.
Pengurus PI Piasau juga merangkap Pengerusi POKUFM diberi amanah untuk memberi tunjuk ajar kepada finalis Miss Charity Beauty Pageant dalam pengendalian makanan di mana beliau berkongsi pengalaman yang beliau miliki iaitu pengalaman sebagai seorang usahawan membuat roti homemade. Beliau juga merupakan seorang ahli terapi urut dan bekam yang berpengalaman di Miri.
Pihak staf PI Piasau dan komuniti Piasau amnya, amat berharap program dan aktiviti positif seperti ini dapat dijalankan dari masa ke semasa dengan pelbagai kerjasama dari pelbagai peringkat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: